Selasa, 2 Oktober 2012

Perhatian: Pelajar-pelajar P.Khas (1) -(5), PISMP Ambilan Jan 2010

Oleh kerana anda tidak dapat menghadiri program refleksi praktikum yang berlangsung pada 28 September 2012 (Jumaat) yang lepas atas sebab anda wajib menghadiri aktiviti Bina Insan Guru, maka sila hadiri sesi perjumpaan dengan warga Unit Praktikum seperti ketetapan berikut:
TARIKH: 5 Oktober 2012 (Jumaat)
TEMPAT : DTF
MASA :12.00 tengahari

KEHADIRAN WAJIB
  • Sila bawa buku rekod RPH, portfolio praktikum yang telah dikemaskini.
  • Sila layari Borang Refleksi Praktikum atas talian (on line) melalui pautan berikut : 
        http://e-refleksi.netii.net/
  • Sila isi borang tersebut dengan jujur. Selepas mengisi borang refleksi atas talian (major dan minor), sila cetak, simpan sesalinan di dalam portfolio praktikum anda dan hantar sesalinan kepada Ketua Unit Unit anda untuk dipanjangkan kepada Unit Praktikum semasa perjumpaan pada 5/10/2012.
Sekian. Terima kasih.

Dari, 
En Yau Yee Shin

Refleksi Praktikum Fasa (2) KDC-KDPM_KEMAS Ambilan Mei 2009

TARIKH: 5 Oktober 2012 (Jumaat)
TEMPAT : Bilik Seri Kesidang
MASA :3.30 Petang

KEHADIRAN WAJIB
  • Sila bawa buku rekod RPH, portfolio praktikum yang telah dikemaskini.
  • Sila layari Borang Refleksi Praktikum atas talian (on line) melalui pautan berikut : 
        http://e-refleksi.netii.net/
  • Sila isi borang tersebut dengan jujur. Selepas mengisi borang refleksi atas talian, sila cetak, simpan sesalinan di dalam portfolio praktikum anda dan hantar sesalinan ke Unit Praktikum semasa Program Praktikum.
Sekian. Terima kasih.

Dari, 
En Yau Yee Shin

Khamis, 27 September 2012

Borang e-Refleksi Untuk Pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2010

Kepada semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2010,
Tahniah kerana anda semua telah berjaya menyempurnakan program Praktikum (2) di sekolah-sekolah di sekitar bandar Melaka.
Selepas praktikum selesai, anda diwajip mengisi borang "Refleksi Praktikum" semasa program refleksi praktikum berlangsung. Kali ini, seperti semester yang lepas, anda dikehendaki mengisi borang tersebut secara atas talian, kemudian cetak, hantar kepada Ketua Unit anda dan seterusnya panjangkan kepada Unit Praktikum IPGK.PM. Satu taklimat tentang cara mengisi borang atas talian "e-Refleksi versi 3.0"  akan diadakan pada ketetapan di bawah:

Tarikh: 28.9.2012 (Jumaat)
Masa: 3:15 petang
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 WAJIB hadir. Yang tidak hadir mesti hantar surat tunjuk sebab kepada Unit Praktikum (s.k. kepada Encik Roslan, Unit Displin, Jabatan HEP IPGK.PM) 

Sekian. Terima kasih.


Dari,
En Yau Yee Shin

Khamis, 20 September 2012

Jadual Perjalanan Bas Untuk Mengganti Hari PBS (4)

Untuk Perhatian: Pelatih PISMP Ambilan Januari 2011

Ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan IPGK.PM kerana sudi menyediakan pengangkutan bagi pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 yang perlu menggantikan hari program PBS(4) di sekolah-sekolah yang berdekatan IPGK.PM pada 22, 24, atau 25 September 2012.

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun jadual perjalanan bas dan coaster untuk menghantar pelatih-pelatih PISMP Januari 2011 ke sekolah-sekolah  dan kemudian membawa semua balik ke kampus. Oleh kerana pelatih yang terlibat sangat ramai, iaitu 98 orang, maka bas terpaksa bertolak awal untuk buat dua pusingan. Pada 22/9 (Sabtu) trip yang pertama bertolak pada 6:00 pagi manakala trip yang kedua bertolak pada 7:00 pagi. Harap semua pelatih yang terlibat menepati masa kerana bas TIDAK akan menunggu anda!

Bagi pelatih yang ingin menggunakan kenderaan sendiri ataupun jalan kaki ke sekolah yang berdekatan seperti SK (P) Durian Daun, sila maklum kepada rakan anda yang menaiki bas IPGK.PM.

Untuk makluman, pihak IPGK.PM tidak bertanggung jawab terhadap sebarang kemalangan yang mungkin berlaku. Jadi, diminta semua pelatih berhati-hati semasa berada di dalam bas dan di luar kawasan IPGK. Semua harus tolong menolong antara satu sama lain. Nama baik dan imej IPGK.PM mesti dijaga.

Perkara-perkara penting:
1. Sila catatkan nombor telefon semua pemandu bas IPGK.PM untuk kegunaan nanti.
2. Sila menepati masa. Rancangkan masa untuk solat dan  mengemas diri.
3. Berkumpul di garaj bas sebelum bertolak. Wakil kumpulan ambil kehadiran.
4. Bersopan santun dan bertindak secara profesional semasa di sekolah.
5. Buat perbincangan dalam kumpulan untuk mengagihkan tugas sebelum bertolak ke sekolah.


Sekian. Terima kasih. 




Jadual Perjalanan Bas Untuk Pelatih PISMP Jan 2011

Dari,
En Yau Yee Shin


Rabu, 19 September 2012

REFLEKSI PRAKTIKUM PISMP AMBILAN JAN 2010

TARIKH: 28 September 2012 (Jumaat)
TEMPAT : DTF
MASA :3.15 PETANG
KEHADIRAN WAJIB

  •  Sila bawa buku rekod RPH, portfolio praktikum yang telah dikemaskini, borang tuntutan guru pembimbing (beserta borang PR1 serta dokumen sokongan yang lengkap).
  • Taklimat mengisi borang Refleksi Praktikum secara atas talian (on line) akan diadakan
  • Sila bawa borang kaji selidik (Pra dan Pasca) yang diedarkan semasa taklimat praktikum. Pastikan anda telah melengkapkan borang tersebut. Hantar kepada ketua unit anda. Kumpul dan hantar ke Unit Praktikum selepas sesi refleksi praktikum.
  • Selepas mengisi borang refleksi atas talian, sila cetak, hantar sesalinan kepada ketua unit, kemudian hantar ke Unit Praktikum sebelum 3 Oktober 2012 (Rabu).
Sekian. Terima kasih.

Dari, 
En Yau Yee Shin

Isnin, 27 Ogos 2012

Refleksi PBS untuk Pelatih DPLI Jan 2012 dan PISMP Jan 2011

Program Refleksi PBS untuk pelatih-pelatih DPLI Ambilan Januari 2012 dan PISMP Ambilan Januari 2011

Tarikh : 28 Ogos 2012 (Selasa)
Masa:    3:00 petang tepat
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Kehadiran: WAJIB!
Sila menepati masa.
Sekian. Terima kasih.

Dari,
Yau Yee Shin

Gantian Hari Pelaksanaan PBS Untuk Pelatih DPLI Ambilan Januari 2012 & Pelatih PISMP Ambilan Januari 2011

    
Perhatian kepada pelath-pelatih DPLI Amb Jan 2012 & PISMP Amb Jan 2011:

Surat dari Dr Noriati (bagi pihak Rektor IPGM) sampai ke Unit Praktikum pagi ini, mengarahkan semua pelatih yang terlibat dalam program PBS baru-baru ini supaya menggantikan hari pelaksanaan PBS. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat yang disertakan. Perbincangan tentang perkara ini akan diadakan pada 28 Ogos 2012, jam tepat 3:00 petang di DTF (Refleksi PBS). Semua pelatih yang berkenaan WAJIB hadir.
Sekian.


Dari,
Yau Yee Shin