Khamis, 8 Julai 2010

Untuk Perhatian Guru Pelatih dan Mentor Program INTERNSHIP INT3101

Aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang dicadangkan semasa internship:

1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat ‘outdoor’, seperti lawatan belajar ke muzium sejarah dan seni, zoo negeri, taman botani, pertanian dan lain-lain
2. Membantu dalam mengendalikan kursus kepemimpinan bagi Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakawan dan lain-lain
3. Merancang, mengendali dan menilai aktiviti sukan, persatuan dan unit beruniform
4. Mengendalikan program ‘grooming’ untuk murid lelaki dan perempuan
5. Mengurus perhimpunan pagi serta memberi ucapan tentang sesuatu tajuk yang menarik
6. Mengurus aktiviti membaca, mengarang, di sudut pembacaan sekolah dan lain-lain
7. Membina kolam ikan, muzium sekolah, pusat kaji cuaca dan lain-lain
8. Mengurus pertandingan kebersihan kelas, perbahasan, Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu Bapa dan lain-lain
9. Mengendalikan kursus motivasi, teknik soal jawab, kelas bimbingan, dan lain-lain
10. Membantu menghasilkan sumber pengajaran pembelajaran di PKG
11. Menganjurkan kursus latihan dalam perkhidmatan di peringkat sekolah
12. Mengumpul dan memahami pekeliling perkhidmatan (PKPA) yang telah dikeluarkan oleh KPM
13. Menghasilkan projek inovasi pedagogi yang dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan