Jumaat, 24 September 2010

Maklumat Terkini Mengenai Program Refleksi PBS PISMP Ambilan Januari 2009

Kepada pelajar-pelajar PISMP Ambilan Jan 2009,

Program Refleksi PBS(4) yang dirancang diadakan pada 23 September 2010 (Khamis) terpaksa dibatalkan kerana ramai pelatih menyertai aktiviti perkhemahan pasukan beruniform dan tidak dapat hadir. Maka program refleksi ini akan ditangguh ke satu tarikh yang sesuai dan akan diumumkan di sini nanti. Sila ikut perkembangan semasa dengan melayari blog Unit Praktikum ini.

Ketua-ketua unit diminta mengumpulkan borang-borang berikut dari rakan-rakan sekumpulan anda:(sebelum itu, fotostat satu salinan dan simpan dalam portfolio anda.)
i. Borang Rekod kolaborasi (Lampiran 1-4)
ii. Borang Amalan Refleksi ( Lampiran 1-6)
iii. Borang Maklumat Umum Sekolah (Lampiran 1-7A)
iv. Borang Kehadiran (Lampiran 1-8)
v. Borang laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-9)

Pastikan semua hantar bersama-sama. Masukkan borang-borang itu ke dalam sampul surat dan hantar kepada Pn Suriyati Yaapar, Pegawai Pengurusan Praktikum di Unit Praktikum secepat mungkin. (sebelum 28 September 2010).


Sekian. Terima kasih


Yau Yee Shin,
B/p Ketua Unit Praktikum



Tiada ulasan:

Catat Ulasan