Berdasarkan dari surat dari IPG Induk, maklumat berikut perlu dipatuhi:
1. Guru pelatih yang menjalani praktikum akan mengajar sebanyak 3 jam sehari untuk lima (5) hari dalam seminggu memandangkan mereka ditempatkan di kelas baharu yang belum ada guru prasekolah.
2. Guru pelatih akan dibimbing oleh guru pembimbing daripada guru-guru Tahap Satu.
3.Praktikum akan tamat pada 15 April 2011. Mulai 18 April, mereka akan terus ditempatkan di sekolah. Guru pelatih dibayar elaun dan dalam masa yang sama sebagai Guru Dalam Latihan, mereka adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri.
4. Selepas tamat tempoh praktikum, pelajar tersebut dikehendaki terus berada di pusat prasekolah yang mereka menjalani PBS dan Praktikum sementara menunggu surat penempatan rasmi oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Sekian terima kasih.
Oleh : PN SURIYATI YAAPAR
Pegawai Pengurusan Praktikum IPGKPM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan