Isnin, 10 Januari 2011

Maklumat Mengenai Penempatan PISMP 2008 dan KPLI Jun 2010

Untuk perhatian semua pelatih PISMP Sem.7 (Amb 2008) dan KPLI Ambilan Jun 2010:

Senarai penempatan program praktikum anda sebenarnya telah siap. Cuma kami menghadapi sedikit cabaran di Unit Praktikum seperti berikut:
(i) KPLI-Opsyen BM: kurang terdapat sekolah yang menawarkan subjek Moral (subjek minor) anda. Maka alternatifnya sedang dibincangkan.

(ii) Jabatan Bahasa perlu mengagih semula tugas penyeliaan pensyarah kerana bilangan pelatih yang perlu diselia amat ramai.

Oleh itu, diminta pelatih-pelatih bersabar dan sentiasa mengikut perkembangan semasa melalui blog Unit Praktikum.

Senarai penempatan untuk pelatih PISMP Sem. 7 (Ambilan 2008) dan KPLI Ambilan Jun 2010 yang terpapar di sini hanya untuk rujukan semasa. Senarai yang muktamat akan dimuatnaik ke blog secepat mungkin.

Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan