Isnin, 7 Januari 2013

Taklimat dan Bengkel Penyeliaan Praktikum Untuk Guru Pembimbing KPLI-KDC Mod LPBS-JQAF Ambilan Januari 2012

Untuk Perhatian pelatih-pelatih KPLI-KDC-JQAF Ambilan Januari 2012 dari sekolah-sekolah sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Utara, sila muat turun surat panggilan dan senarai berikut.

             

Sila cetak kedua-dua dokumen ini dan hantar kepada guru besar anda dengan kadar segera! Minta guru besar anda melantik seorang guru pembimbing subjek MAJOR sahaja untuk menghadiri Taklimat Praktikum yang akan berlangsung pada 15 Januari 2013 (Selasa), 8:30 pagi di Dewan Tun Fatimah, IPG Kampus Perempuan Melayu. Kerja sama dari semua guru pelatih JQAF Ambilan 2012 untuk bantu menyebar mesej ini kepada semua rakan anda adalah amat dialu-alukan.

Sekolah-sekolah yang tidak disenaraikan, tidak perlu menghantar wakil untuk menyertai taklimat ini. Taklimat praktikum akan diberi oleh pensyarah penyelia yang pergi ke sekolah tersebut.

Harap maklum.

Sekian. 



Dari, Yau YS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan