1. Serah dua salinan borang tuntutan elaun guru pembimbing praktikum
2. Serah dua salinan surat perlantikan daripada Pengarah Pelajaran Negeri yg telah diakui oleh Pengetua/Guru Besar (surat ini dikirim oleh KU Praktikum, IPGM)
3. Serah dua salinan akaun GIRO yang AKTIF di setiap borang tuntutan
4. Setiap borang tuntutan MESTI ditandatangani oleh Guru Pembimbing dan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan, tanda tangan mesti HIDUP, yang fotostat tidak boleh diterima. SEMUA BUTIRAN MESTI DITULIS DENGAN TANGAN/DITAIP, tidak boleh difotostat
Contoh Tuntutan Bagi Guru Pembimbing Gred DG41 Yang Membimbing Pelajar KPLI Sekolah Rendah (Biasanya Guru Mata Pelajaran Major sahaja yang Menuntut):
5. (i) Guru siswazah (DG41) mata pelajaran MAJOR: RM 40.00 sebulan penuh (30/31 hari) bagi setiap pelajar yang diselia / (RM 1.33 sen sehari/seorang guru pelatih)
(ii) Guru BUKAN siswazah mata pelajaran MAJOR: RM 30.00 sebulan penuh (30/31 hari) bagi setiap pelajar yang diselia / (RM 1.00 sehari/seorang guru pelatih)
6. Tuntutan bagi kesemua bulan dimuat dalam satu borang yang sama,
Contoh: Guru Q membimbing ***seorang guru pelatih KPLI sepanjang 12 minggu (dari 22 Jan hingga 20 Apr. 2007), Cuti Pertengahan Semester dari 10 – 18 Mac2007)
KADAR SEBULAN
22-31 Jan 07 10 hari X RM 1.33 sen RM 13.30 (Jika bukan siswazah: 10 X RM 1.00 = RM10)
Februari (1-28) Bulan Penuh RM 40.00 (Bukan siswazah: RM 30)
Mac Bulan Penuh RM 40.00 (Bukan siswazah: RM 30)
1-20 Apr. 20 hari X RM 1.33 sen RM 26.60 (Bukan siswazah: RM 20)
JUMLAH BESAR RM119.90 seorang pelatih (Bukan siswazah: RM 90.00 seorang pelatih)
RM239.80 dua orang (Setiap guru pembimbing cuma boleh membimbing dua orang pelatih sahaja)
7. Semua borang yang lengkap mesti dihantar kepada: Ketua Unit Praktikum, Institut Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, 75400 Melaka, dalam tempoh seminggu sebaik sahaja tamatnya praktikum. PENYERAHAN BORANG TUNTUTAN YANG LEWAT MUNGKIN TIDAK DAPAT DIBAYAR. SEGALA PEMBAYARAN DISALURKAN OLEH AG TERUS KE AKAUN BANK GURU PEMBIMBING.
8. Kesilapan yang lazim dilakukan oleh guru pembimbing:
(a) Dokumen tidak dihantar dalam dua salinan.
(b) Tiada tanda tangan guru pembimbing atau Guru Besar/Pengetua
(c) Akaun GIRO tidak aktif atau tidak mempunyai akaun GIRO
(d) Menggunakan akaun GIRO isteri/suami utk membuat tuntutan
(e) Lewat menghantar borang tuntutan,
(f) Tuntutan dikirim tidak sampai ke pihak institut perguruan (elok rujuk kepada pihak kerani kewangan / Setiausaha Praktikum tentang penerimaan borang tuntutan setelah borang tersebut dikirim)
(g) Tidak melampirkan dokumen (seperti DUA salinan fotostat akaun GIRO, DUA salinan surat lantikan oleh Pengarah JPN) yang perlu.
Ahmed Nasir bin Abdul Muthalif, Ketua Unit Praktikum, IPGM Kampus Perempuan Melayu, 75400 MELAKA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan