Isnin, 15 April 2013


Borang e-Refleksi Untuk Pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2010

Kepada semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2010,
Tahniah kerana anda semua berjaya menyempurnakan program Praktikum (3) sepanjang 12 minggu.
Selepas praktikum selesai, anda wajip mengisi borang "Refleksi Praktikum". Kali ini, seperti semester yang lepas, anda dikehendaki mengisi borang tersebut secara atas talian, kemudian cetak, hantar kepada Ketua Unit anda dan seterusnya panjangkan kepada Unit Amalan Profesional IPGK.PM. (Sila cetak dan simpan satu salinan di dalam portfolio praktikum anda.)

Sila layari laman "e-Refleksi versi 3.1"  dan isi borang atas talian di laman tersebut (untuk subjek major dan minor) dengan jujur. Semua data yang diterima dijamin sulit. Mohon jangan gunakan platform ini sebagai tempat untuk melepaskan perasaan secara bebas. Sila jawab dengan bahasa yang sopan dan profesional. 

Program refleksi praktikum kumpulan anda akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 19.4.2013 (Jumaat)
Masa: 3:15 petang
Tempat: Dewan Tun Fatimah

Semua pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 WAJIB hadir. Yang tidak hadir mesti hantar surat tunjuk sebab kepada UAP (s.k. Unit Displin, Jabatan HEP IPGK.PM) 

Sekian. Terima kasih.


Dari,
En Yau YS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan