Untuk Perhatian Semua Pelatih Yang Menjalani Program Praktikum Sesi Semester 1 Tahun 2013:
Semua program praktikum untuk sesi Semester 1, tahun 2013 sudah sampai ke peringkat penghujung. Mohon kerjasama semua pelatih yang terlibat memuat turun borang tuntutan elaun bimbingan praktikum dari blog ini serta panduan-panduan kiraan elaun praktikum yang tersenarai di bawah (muat turun hanya panduan yang berkenaan dengan program praktikum anda) dan serahkan kepada guru-guru pembimbing anda bagi memudahkan mereka mengisi borang tuntutan. Sila pesan guru pembimbing anda hantar borang tuntutan ke Unit Amalan Profesional secepat mungkin sebelum 5hb Mei 2013. Sila lampirkan surat lantikan dari JPN (ikut negeri. Contoh: sekolah di Melaka, guru pembimbing dilantik oleh Ketua Sektor JPN Melaka), salinan buku akaun (Akaun Gaji)-muka surat yag tercetak nama dan nombor akaun, slip gaji yang terkini serta salinan-salinan borang PR1.
Sekian. Terima kasih.
Panduan-panduan Pengiraan Elaun Guru Pembimbing
1. PISMP Ambilan Januari 2010
2. KDC-KPLI-LPBS-j-QAF Ambilan Januari 2012
3. KDPM-PERMATA-PAKK Ambilan Jun 2011
4. DPLI (GSTT) Ambilan Disember 2011
5. PISMP Ambilan Januari 2011
Dari, Yau YS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan